Sunday 5 February 2023

Jom Kenal Aplikasi Plickers!


Assalammualaikum dan hai!😊

Hari ini saya nak share satu aplikasi yang sesuai digunakan oleh guru untuk mendapatkan penilaian di dalam bilik darjah dengan cepat dan berkesan.

Umum mengetahui setiap pelajar dilarang membawa telefon bimbit ke sekolah. Oleh itu, guru tidak sesuai menggunakan teknologi yang memerlukan pelajar untuk menjawab melalui telefon bimbit.

Jadi, saya ingin memperkenalkan satu aplikasi yang dikenali sebagai PLICKERS.

Apa itu Plickers?

Plickers merupakan aplikasi interaktif yang menggunakan “kad unik Plickers” dimana softcopynya boleh dimuat turun secara percuma. Guru hanya perlu mencetak kad tersebut di atas kertas A4 biasa. Kemudian, kad Plickers akan diberikan kepada pelajar.

Setiap pelajar akan diberikan kad Plickers yang berbentuk QR code berwarna hitam dan putih.


Contoh kad unik Plickers

Guru akan menunjukkan soalan melalui aplikasi Plickers. Kemudian pelajar perlu menjawab soalan tersebut menggunakan kad Plickers yang diberikan. Mudah bukan?


Bagaimana pula guru dapat mengumpul jawapan pelajar-pelajar ini?

Apabila pelajar mengemukakan jawapan mereka menggunakan kad Plickers,  guru akan mengimbas semua kad yang dipegang oleh pelajar menggunakana telefon bimbitnya.


Guru mengibas kad Plickers yang dipegang oleh pelajar


Pada akhir sesi soal jawab, guru akan mendapat bilangan pelajar yang mengemukakan jawapan sama ada betul atau salah. Bukan itu sahaja, guru juga boleh melihat analisis kepada soalan-soalan yang diberi. Ini dapat memudahkan serta menjimatkan masa guru untuk menilai pelajar. 

Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan aplikasi ini. Anda boleh melawat link di bawah:


Selamat mencuba =)


No comments:

Post a Comment