Sunday 12 February 2023

Last Day with Dr Zam!

 

Asslammualaikum dan hai!

Alhamdulillah saya telah sampai ke penghujung semester 1 dengan jayanya💗

Banyak ilmu dan manfaat yang saya dapat sepanjang mengikuti kursus PQI 6004 Aplikasi Pembangunan dan Penilaian Kurikulum dan Rekabentuk Pengajaran ini.

Antara input-input berguna yang saya dapati dari sesi kuliah ini adalah penggunaan blog, plickers, quizizz, kahoot dan banyak lagi... 

Saya akan mengaplikasikan ilmu-ilmu yang telah saya pelajari sepanjang kuliah ini dengan baik sewaktu menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah nanti.

Terima kasih kepada Dr Zam selaku pensyarah saya pada semester ini kerana banyak memberi tunjuk ajar dan ilmu pengetahuan yang berguna kepada saya dan rakan-rakan.

Semoga kita berjumpa lagi di semester depan. All the best to all of us!




Wednesday 8 February 2023

Copyright Issue


Assalamualaikum and hai!

Today saya akan berkongsi tentang copyright issue.

Copyright issue dalam bahasa melayunya dipanggil isu hak cipta.

Jadi apakah yang dimaksudkan dengan hak cipta?

Menurut Kamus Dewan Bahasa edisi ke-4, hak cipta ialah hak penguasaan yang dilindungi undang-undang atas seluruh atau sebahagian daripada hasil ciptaan seseorang pengarang (pencipta, penggubah dll).

Mari kita fahami simbol-simbol hak cipta agar kita lebih berhati-hati dalam menggunakan karya atau ciptaan seseorang.

Terdapat 3 simbol hak cipta yang kebiasaan dijumpai oleh pembaca. Mari kita lihat apa maksud disebalik simbol-simbol ini.

1. Simbol Hak Cipta Penuh

Ini bermaksud, jika anda ingin menggunakan karya daripada pencipta ini anda perlukan kebenaran daripada pencipta.

 
2. Creative Commons (CC)

Simbol CC digunakan apabila penerbit/penulis ingin memberi kebenaran untuk berkongsi, menggunakan dan membina karya yang telah dihasilkan.

  
Contoh-contoh simbol CC dan maksudnya


          
3. Public Domain

Simbol ini bermaksud anda boleh menggunakannya tanpa perlu meminta kebenaran dan tidak perlu dikreditkan kepada penerbit.

Semoga bermanfaat!


Monday 6 February 2023

Simulasi PdP di dalam Bilik Darjah

 

Assalammualaikum dan hai!

Minggu ini kami telah diberi tugasan untuk merangka aktiviti sepanjang waktu pengajaran dan pembelajaran selama 60 minit. Kami telah dipecahkan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada 5-6 orang ahli.

Jadi, kumpulan kami telah memilih mata pelajaran Pendidikan Jasmani.

Kami telah berbincang, merangka dan menyediakan slide Power Point yang akan digunakan semasa pembentangan simulasi pdp kami ini.

Hasil perbincangan dan penyediaan bahan bantu mengajar kami disediakan seperti di bawah :








Sunday 5 February 2023

Jom Kenal Aplikasi Plickers!


Assalammualaikum dan hai!😊

Hari ini saya nak share satu aplikasi yang sesuai digunakan oleh guru untuk mendapatkan penilaian di dalam bilik darjah dengan cepat dan berkesan.

Umum mengetahui setiap pelajar dilarang membawa telefon bimbit ke sekolah. Oleh itu, guru tidak sesuai menggunakan teknologi yang memerlukan pelajar untuk menjawab melalui telefon bimbit.

Jadi, saya ingin memperkenalkan satu aplikasi yang dikenali sebagai PLICKERS.

Apa itu Plickers?

Plickers merupakan aplikasi interaktif yang menggunakan “kad unik Plickers” dimana softcopynya boleh dimuat turun secara percuma. Guru hanya perlu mencetak kad tersebut di atas kertas A4 biasa. Kemudian, kad Plickers akan diberikan kepada pelajar.

Setiap pelajar akan diberikan kad Plickers yang berbentuk QR code berwarna hitam dan putih.


Contoh kad unik Plickers

Guru akan menunjukkan soalan melalui aplikasi Plickers. Kemudian pelajar perlu menjawab soalan tersebut menggunakan kad Plickers yang diberikan. Mudah bukan?


Bagaimana pula guru dapat mengumpul jawapan pelajar-pelajar ini?

Apabila pelajar mengemukakan jawapan mereka menggunakan kad Plickers,  guru akan mengimbas semua kad yang dipegang oleh pelajar menggunakana telefon bimbitnya.


Guru mengibas kad Plickers yang dipegang oleh pelajar


Pada akhir sesi soal jawab, guru akan mendapat bilangan pelajar yang mengemukakan jawapan sama ada betul atau salah. Bukan itu sahaja, guru juga boleh melihat analisis kepada soalan-soalan yang diberi. Ini dapat memudahkan serta menjimatkan masa guru untuk menilai pelajar. 

Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan aplikasi ini. Anda boleh melawat link di bawah:


Selamat mencuba =)


Kaedah Pembelajaran


Assalammualaikum dan hai!

Hari ini kita akan belajar tentang kaedah pembelajaran. Tahukah anda terdapat banyak jenis kaedah yang boleh digunakan di dalam pengajaran dan pembelajaran. PdP tidak terhad hanya di dalam bilik darjah sahaja malah ianya juga boleh dilaksanakan dengan beberapa cara lain. Jadi, kumpulan saya telah diberikan tugas untuk membincangkan jenis-jenis kaedah yang boleh digunakan di dalam sesi pembelajaran.

Antara kaedah yang dibincangkan oleh kami ialah kaedah Flipped Classroom, Project-Based Learning, Problem-Based Learning dan Inquiry-Based Learning. 

Hasil daripada perbincangan kami telah dimasukkan ke dalam slide Power Point seperti di bawah:











Semoga bermanfaat!



Rancangan Pengajaran Harian (RPH)


Apa itu RPH?

RPH ialah rangka kerja aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah yang perlu disediakan oleh guru dalam jangka masa yang telah ditetapkan.

Berikut merupakan contoh Rancangan Pengajaran Harian (RPH) bagi mata pelajaran Pendidikan Islam:



Sumber: diambil daripada pembentangan mata pelajaran Pendidikan Islam penulis.